CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, October 13, 2009

KaMi AntI cOuple


Salam 'alaik....

Alhamdulillah... hampir seminggu blog kesayanganku ini dibiar kesepian tanpa sebarang pengisian.. Teringat gurauan daripada salah seorang kenalan lame malam tadi.. Lebih kurang gini lar bunyi nyer...


"Yani.... cuti ni tak kuar ngan boyfriend ke??"


Hehehe... soalan cepu emas. Saya dengan nada selambe pun berkate,


"Orang macam aku ni mane de boyfriend...."


Dia pun bertanya lagi....


"Ko ni anti couple ke???"


Tersedak saya seketika... "ANTI COUPLE"... Istilah baru ke ni?? Hm... tak pe.. slow-slow dulu. Saya pun terus mencari idea,


"Hehe... buang mase lar bercouple-couple nie. Study tu lagi penting."


Ayat selamat. Hehe.... Saya bertanya kenapa dia persoalkan tentang couple nie... Dan jawapan dia...


"Sebab ko tak pernah bercinta..."


Saya tak pernah bercinta??? Ish... nak marah nie. Sape kate saya tak pernah bercinta. In fact, saya SEDANG BERCINTA. Dengan siape saya bercinta?? Dengan ALLAH.... Pemilik hati dan seluruh kehidupan ini. Moga saya terus istiqomah.. Insya-Allah...


Kalau kite tengok lumrah kehidupan, remaja mase kini menjadi kan couple sebagai satu keperluan.. Kenapa saya kata begitu, kerana mereka ini akan merasa malu jika mendapati bahawa diri mereka masih belum mempunyai couple.. Sungguh, syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan perbuatan couple itu dan cube untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kita buat tu. Dan ade segelintir daripada mereka yang berkata bahawa takut nanti tak de jodoh.


Tapi sahabat-sahabat sekalian, bukankah kite ade ALLAH untuk kite letakkan segala puncak harapan??? Allah telah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 26, maksudnya...

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."


Sungguh... telah tertulis di loh mahfuz seungkap nama buatmu, cuma sejauh mane keperibadiannya serta akhlaknya akan dipengaruhi oleh sejauh mane tingginya akhlak kita. Jadi tugas kita, memperbaiki akhlak kita, memperbaiki hubungan kita dengan Allah serta makhluk. Yang paling penting, teguhkan cinta kita hanya untuk Allah.... nescaya cinta si dia yang turut melabuhkan cintanya di jalan Allah akan kita miliki.


Sahabat-sahabat sekalian, nasihatkan saya juga dikala diri ini terlupa. Jika kamu semua menyintai nasihat, maka nasihatkanlah diri ini setiap mase....


Wallahualam..