CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, December 9, 2008

Karya kreatif daripada salah seorang pelajar 3 Perfect 2008

From Dealova



Hurmm.. Teringat waktu kecik2 dulu. Ayah memang garang. Kadang2 pulak ayah suke menyakat(bergurau) aku. Aku rasa sangat gembira waktu tu. Masih segar dalam fikiran aku. Waktu tu aku rampas barang adik aku. Adik aku menangis meraung-raung sebab barang dye kena ambik. Kalau aku pun bengang gak orang ambik barang aku. Hak3.. Waktu tu ayah tengah tidur. Letih sebab bru balik menoreh getah. Ayah terjaga dari tidur sebab bengang dengar adik aku nangis. Aku lps rampas barang adik aku, aku bla la.. Watpe tunggu kat situ hihi.. Tiba2 sorg kawan aku datang cakap ayah aku panggil. Aduih... konfem ayh marah ni. Cmner nie..?? Sampai kat rumah, ayah aku tunggu kat pintu sebelah mak sambil pegang rotan. Adik aku masih teresak-esak. Aku mula gugup. " Abisla aku kene kali ni.." ujarku dalam hati. Samapi kat depan ayah senelah adik, ayah mula memarahi aku. Aku dengar dengan redha je padahal dlm hati menyumpah-nyumpah kat ayah, adik aku terutamanya. Watpela dye g mlalak kuat2, slow2 dh le.. Tapi aku bersyukur gle time tu sebab walaupun ayah pegang rotan tapi ayah tak pukul aku.. Sekarang, bila ingat baik kisah tu, baru aku sedar betapa ayah sayang kat aku. Menyesal aku becci kat ayah sebab ayah garang. Walaupn dye garang tapi aku ske ayah sebab dye pandai ambik hati, bergurau. Dye ske panggil aku 'Cik Lina' . Teringin benar aku nak dengar perkataan tu dengan nada dye... Masih terngiang-ngiang nadanya...

Tapi sekarang dh 3 tahun ayah tinggalkan kami. Walaupun pemergian ayah tidak terasa, tapi bila tengok orang lain atau budak2 skolah ni jumpa ayah mereka, salam ayah diorg, cakap sambil gelak2 dengan ayah diorg2, aku mula sedar sebenarnya aku amat rindukan ayah. Tiap2 malam sebelum tido, aku selalu menangis keseorangan mengenangkan ayah. Kalaulah waktu boleh berputar kembali, pasti aku tak akan sia2 kan watu itu.. Ayah, Lina rindu kat ayah... "Semoga ayah berbahagia di sana" ujarku dalam hati.. Al-Fatihah.

karya kreatif

Mak,mak,mak..... Akak dapat 9A mak!! Ku rasakan diriku seperti dicabut pada saat itu. Ku lihat semua orang bergembira ersama dengan keluarganya, tapi aku.... aku tiada, tiada tempat gembira, tempat mengadu tempat berlindung. Pernah aku membenci dunia ini kerana mengambil dan merampas kebahagiaanku. Aku benci, benci yang teramat sangat, tetapi aku pegang prinsip ibuku, " Biarpun Dia memberi, tapi ingatlah, Dia juga yang mengambil". Aku mahu...... dekat dengan ibuku... nak sangat.  Aku mahu..... jadi seperti orang lain yang mempunyai keluarga. Setiap kali aku alpa dengan kehebatan, satu seruan telah menyedarkan aku. Dahulunya aku seorang yang jahil dengan ilmu agama..... tang tidak pernah mengerti apa itu Islam... Tapi kini aku telah hidup dan bangkit dari kubur kejahilan itu..... aku sedar aku hanya pinjaman dunia........... dan yang pasti akan kekal ialah kasih akhirat di sana... kasih sayang ibu dan ayahku akan tersemat kemas di hatiku.....



Truly,
(Someone special)

Tuesday, December 2, 2008

HOLIDAY!!

Hmm.. cuti..pasti pnuh dgn aktiviti2 yang dirancang. nk jmpa kwn la, mlancong ke luar negara la.. tp yg plg bes ad yang g 2SYEN..haha bgs la. nanti naik thn bru.. g skowl bley ajar.. jadi pelajar terbilang.. harumkan nama Impervious93.. Yang pasti, hw(kerja rumah) pasti banyak.. Bekalan guru2 yang proaktif.. bagi melahirkan minda kelas pertama. Sila bazirkan cuti anda dengan aktiviti berfaedah.. g kem ke.. g blajar ngaji ke.. habiskan masa ngan keluarga.. Jangan bazirkan dengan merokok.. lepak dan banyak lagi gejala sosial yang SO SIAL.. phm? hehe.. k r.. x nk berceloteh panjang.. Slamat bercuti, bersuka ria dan membuat kerja sekolah yang bertimbun-timbun tu.. tlg la member yang yang x siap lagi... majulah Impervious93!!

Sunday, November 23, 2008

Program selepas PMR buat warga impervious93


Tkjut? malas? ni aktiviti sampingan je.. cabut rumput dan lumut.. arahan cikgu Razali. semua mesti disiplin. "tigh in" satu kemestian.. Kerja ni warga Impervious93 lelaki sahaja yang terlibat.. siapatak "tigh in" kena tulis nama oleh warden yang berada di depan kelas form 1 tu.. warden kesayangan kami..
p/s: ah chong(syafiq g)!! nice pose.. haha

One more task.. hmm melukis mural ialah salah satu aktiviti besar selain membakar atau memasak lemang dan mengubah suai taman sains.. Sebenarnya, melukis mural ditugaskan untuk bdak lelaki.. Tapi tak siap2 sbb tiada kerjasama..nak main bola je kerjanya.. besela.. tapi akhirnya, kerjasama dapat dipupuk kerana ada orang naik darah.. haha.. bdak laki jgn marah ek.. Alhamdulillah, semua dh siap..

Friday, October 17, 2008

Yahoo!! PmR story..

Yeay!! PmR 2008 selesai!! Alhamdulillah.. Warga impervious93 berjaya menjawab soalan pmr dengan jayanya.. ramai kata senang.. tapi x tau la plak psl resultnye.. hmm.. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pengawas peperiksaan yang sempoi n x strict sgt.. kami paling ingat cikgu hafizi sbb dye plg sempoi.. thanx to all our teachers 4 all da knowledge that u give us.. Doakan kami mendapat keputusan yang cemerlang skaligus menaikkan nama sekolah di mata Malaysia.. 9A for us!! Aminnn.. kami berasa amat gembira dan merdeka!! tp JGN lupa.. PERJUANGAN BELUM SELESAI.. k guys.. bykkan smbhyang hajat doa dan tawakkal.. moga2 kecemerlangan bersama dapat digapai..

Monday, September 29, 2008

Selamat hari raya dan menjawab PMR

For all candidates PMR 2008, good luck for our PMR. Pray for our success.. but first you must strive n study.. please help ur friend who are in trouble.. jgn pentingkan diri sendiri.. ajarla ape yang patut. Our first pryrioty is solat then study. Strive k!! I hope we will be the best batch that score in PMR.. 9A amin... Selamat hari raya juga kepada semua.. mafkan segala kesilapan kami.. halalkan makan minum.. doakan kesejahteraan, kecemerlangan kami. SEkolah pown bangga nanti.. Jangan braya sakan k kawan.. 1 minggu pas PMR exam 13 Oktober. dont forget yeah!!

Sunday, September 28, 2008

Program solat hajat

29 Ogos 2008 bersamaan dengan hari jumaat, berlansung satu program tahunan sekolah iaitu program solat hajat bagi pelajar tingkatan tiga dan lima. Majlis bermula dengan ketibaan ibu bapa, En. Razak, YDP PIBG, dan guru-guru.. Mula-mula ibu bapa menjamu selera bersama anak-anak mereka di dewan makan baru.. Selepas itu, mereka terus ke surau Al-Ghazali untuk solat Maghrib secara berjemaah seterusnya solat sunat hajat bersama-sama. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yaasin untuk memohon kepada Allah kejayaan para pelajar peperiksaan terutama PMR dan SPM. Selesai sahaja bacaan Yaasin, azan pun berkumandang.. Para hadirin sekali lagi bersama-sama menunaikan solat Isyak. Setelah solat Isyak selamat ditunaikan, En. Abdul Razak iaitu GPK 1 SBPIT, memberikan ucapan terima kasih. Selepas itu, giliran YDP PIBG pula memberikan sepatah dua kata.. Setelah berjalan semua agenda dengan jayanya, ibu bapa pun pulang. Ada di antara ibu bapa pelajar yang datang, ingin membawa pulang anak mereka. Permohonan mereka diluluskan oleh cikgu Zamri. Hal ini kerana, permintaan yang beruncit-runcit merunsingkan guru penolong kanan hem kami.. Kami sebagai para pelajar tingkatan tiga bersyukur kerana perjalanan program berjalan lancar.. Alhamdulillah.

mesyuarat agong impervious93 kali pertama selamat dijalankan

Pd 12 hrbln 1 taun 2008,batch ktorg dgn jaya nye tlh mengadakan mesyurat AGONG kali p'tame tuk taun nie..tujuan nye adlh tuk merombak blk organisasi batch ktorg..ktorg sblt hati n seblt suare tlh memilih HAZLI yg macho la as our president..his assistant plak FARAHDHIYA yg cun..dan tuk first time nyer ktorg ade tmbaln presiden..tuk l'laki ktorg tlh memilih SALIM yg comee!!!(sgt comey la padahal x pun) dan tuk pompuan plak WANI yg manis mcm cklt..setiusaha ktorg ialh AMIRUL ASYRAFF N SHARIFAH.Bendahari kitorg plak FIKRAN @ NABILAH FAISAL.. diorg jage duit kitorg tau.. jgk tlh menubuhkan biro br iaitu.....biro ict..yg t'diri drpd FAIZ yg best,MIRUL yg keping,AIN yg bek n AIMI yg bese2 jer..(malas nak puji dr sndri)..
BIRO SAHSIAH & IBADAH
Biro nie diketuai oleh HALIM n HANIM..antara aktiviti yg akn d jlnkan oleh diorg tuk batch ktorg ialah..bacaan YAASIN setiap mggu,bacaan AL-QURAN setiap jumaat,sab2,dan ahad..bg memberkati kan lg pembljrn ktorg,ktorg akan memulakan nyer dgn membaca doa yg akan d ketuai oleh phk l'laki..moge2 ape yg ktorg pelajari akan d berkati oleh ALLAH..amin..
BIRO AKADEMIK
Biro nie d ketuai oleh ZAIDI n AIDA..biro diorg akan membahagikan group study bg batch ktorg..ini b'tujuan bg mengeratkan lg silaturrahim sesama ktorg dan dpt b'tkr tkr pndpt dlm pljrn..ini dpt meningkatkan lg pengetahuan sesame ktorg dlm mencapai sasaran 91 org 9'a dlm PMR taun nie..doakan ktorg yup..
BIRO KOKURIKULUM
Biro nie d ketuai oleh KHUSAIRI@KUBO dan ADILAH..biro nie akan menjalankan aktiviti jogging b'ramai ramai keliling skul..ini bg mencerdas kan otak ktorg agar sng menerime pljrn..nanti tak de la... lg yg ngantuk (krooooh..kroooh).
BIRO KEBAJIKAN
Biro ni diketuai olh HAZIQ N NABILAH serasi bersama...biro nie..blum ade ape2 lg aktiviti tp diorg rancang tuk bawak first aid utk jogging nanti...
BIRO TUGAS - TUGAS KHAS
Biro ni diketuai olh AZEZAN @ NINI tugas diorg amik tarikh besday kitorg n cikgu2 yg ngajar kitorg.harap dpt jlnkan tugas dgn baik tau....