CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, September 28, 2008

Program solat hajat

29 Ogos 2008 bersamaan dengan hari jumaat, berlansung satu program tahunan sekolah iaitu program solat hajat bagi pelajar tingkatan tiga dan lima. Majlis bermula dengan ketibaan ibu bapa, En. Razak, YDP PIBG, dan guru-guru.. Mula-mula ibu bapa menjamu selera bersama anak-anak mereka di dewan makan baru.. Selepas itu, mereka terus ke surau Al-Ghazali untuk solat Maghrib secara berjemaah seterusnya solat sunat hajat bersama-sama. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yaasin untuk memohon kepada Allah kejayaan para pelajar peperiksaan terutama PMR dan SPM. Selesai sahaja bacaan Yaasin, azan pun berkumandang.. Para hadirin sekali lagi bersama-sama menunaikan solat Isyak. Setelah solat Isyak selamat ditunaikan, En. Abdul Razak iaitu GPK 1 SBPIT, memberikan ucapan terima kasih. Selepas itu, giliran YDP PIBG pula memberikan sepatah dua kata.. Setelah berjalan semua agenda dengan jayanya, ibu bapa pun pulang. Ada di antara ibu bapa pelajar yang datang, ingin membawa pulang anak mereka. Permohonan mereka diluluskan oleh cikgu Zamri. Hal ini kerana, permintaan yang beruncit-runcit merunsingkan guru penolong kanan hem kami.. Kami sebagai para pelajar tingkatan tiga bersyukur kerana perjalanan program berjalan lancar.. Alhamdulillah.

0 comments: